Monday, September 28, 2009

AKU GADIS ANEH GELOMBANG ALPHA

Gelombang alpha

Berdengung

Nampak itu resonans

Terpandang juge nod dan antinod nya


Melalui lengkung-lengkung cembung

Dari kaca televisyen Panasonic

Terus ke aku

Dari tiap helaian muka surat

Novel alaf 21

Terus ke aku


Melalui jisim putih

Jisim kelabu juge

Mungkin sistem saraf tunjangku

Telah menerima isyarat itu

Temah dan gelombang alpha

Berpadu

Ouch

Aku di alam maya

Maya ketua blok c?

Tidak..

Maya fantasi aku

Maya halusinasi aku

Maya ilusi aku


Sereblum, serebrum dan medula oblongata

Giat bekerja

Mentafsir gelombang itu

Akibat yang diterjemah

Ada yang waras

Ada yang tidak


Fantasi menumpaskan realiti

Seringkali otak cuba melakukan konversi

Fantasi sila lah pulang

Benarkan realiti menginap di situ

Fantasi

Sering mengganggu

Tapi kadang membantu

Tapi tidak selalu

Kerna kadang

Ia menipu..

Awas dengan fantasi

Awas dengan gelombang alpha itu

Kerna dia

Punca aku menjadi ini

Aku gadis aneh...




0 comments:

Post a Comment