Amat sukar pada yang seringkali memikir kan
Diri apakah ini?
Mahu jadi apakah diri ini?
Bukan tidak bisa difikir
Akan tetapi
Biar berpada
Sebaiknya
Apa yang dikatakan oleh hati itu
Pertamanya
Ditafsir denga cermat oleh akal yang waras
Lalu
Diterjemah oleh jasad diri itu...
Maka
Sempurnalah kejadian Tuhan Yang Maha Menciptakan..
Ambil endah apa yang didetik kan oleh hati
Tapi
Jangan lupakan si akal yang setia menanti impulse tiba melalui neuron-neuron
Tafsirkan sebaiknya impulse yang hadir itu
Adakah ianya waras atau baik untuk diterjemahkan?
Al-Quran dan Sunnah sudah lama tersedia
Hanya menanti diri itu untuk mengkajinya
Hanya menanti diri itu untuk merujuknya...
Kini
Motor neuron pula giat bekerja
Bawalah maklumat-maklumat serta rahsia dari akal untuk diterjemahka oleh sang jasad
Yang seringkali menanti dengan penuh sobru
Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa
Sempurna sudah satu amalan diri itu
Kini
Mananti tugas Raqib dan ’Atid untuk menilai
Adakah Raqib atau ’Atid yang lelah mencatat?
Jawapan nya ada pada diri itu...
0 comments:
Post a Comment