Wednesday, December 30, 2009
SAYANGKU HATI DAN AKAL....
bila sendiri,hati mula bermonolog
haisy...yg bukan2 yg dibicarakan.
sedih..
bahagia..
cemburu..
terharu..
macam2 perasaan bercampur baur.
tatkala itu otak ligat berpusing
mencari kebenaran
benarkah kata hati itu?
atau dia bergurau saje..
itu pun saje membikin propaganda?
hmm..jawapan yang sukar untuk ditemui.
hati kata begitu
akal kata begini
hati kata bukan macam tu
akal kata bukan macam ni lah..
peperangan tercetus
tiada sebarang kawalan
tiada sebarang halangan
pecahlah keping2 hati..
pecahlah keping2 akal..
sendirian itu,tidak selamanya indah dan nyaman,
rasailah bersama yang lain
berkongsilah bersama yang lain
fahamilah yang lain
usah biari akal dan hati berperang lagi.....
Thursday, October 8, 2009
blur~~
sakit yg mencengkam dada
malam yang sesepi itu
pembuka jalan
selebar dunia
ku datang mencarimu
yg berselindung dlm bayangan
ternyatalah kealpaan
menjadi duri dlm jiwaku...
-AMUK.matahari_
MENJADI SEORANG AKU
Amat sukar pada yang seringkali memikir kan
Diri apakah ini?
Mahu jadi apakah diri ini?
Bukan tidak bisa difikir
Akan tetapi
Biar berpada
Sebaiknya
Apa yang dikatakan oleh hati itu
Pertamanya
Ditafsir denga cermat oleh akal yang waras
Lalu
Diterjemah oleh jasad diri itu...
Maka
Sempurnalah kejadian Tuhan Yang Maha Menciptakan..
Ambil endah apa yang didetik kan oleh hati
Tapi
Jangan lupakan si akal yang setia menanti impulse tiba melalui neuron-neuron
Tafsirkan sebaiknya impulse yang hadir itu
Adakah ianya waras atau baik untuk diterjemahkan?
Al-Quran dan Sunnah sudah lama tersedia
Hanya menanti diri itu untuk mengkajinya
Hanya menanti diri itu untuk merujuknya...
Kini
Motor neuron pula giat bekerja
Bawalah maklumat-maklumat serta rahsia dari akal untuk diterjemahka oleh sang jasad
Yang seringkali menanti dengan penuh sobru
Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa
Sempurna sudah satu amalan diri itu
Kini
Mananti tugas Raqib dan ’Atid untuk menilai
Adakah Raqib atau ’Atid yang lelah mencatat?
Jawapan nya ada pada diri itu...
Monday, September 28, 2009
MISTAKE..
sometimes..
we make mistake..
i make mistake
you make mistake
mistake always being a problem
we live with mistake
mistake will always with us
who will be blamed?
is it us
or them
not neither me nor you
mistake is not a problem
not a burden
its our friend
our honest friend
the most honest
rather than anyone
meet the mistake
know the mistake
talk to mistake
promise with mistake
that we
will never find
another mistake...
forgive me for all the mistaken...
KISAH PUTEH
Allahu akbar Allahu akbar
Ilal akhir ayat..
Lihat
Itu dia
Suci mata memandang
Begitulah sucinya dia
Lihat
Kain putih itu dia
Dia itu kain putih
Corak apa yang mahu kita canting padanya?
Pada si Puteh?
Soleh
Taat
Berilmu
Bisik hati ibu
Bisik hati ayah
Melayan angannya
Memasang citanya
Memanjatkan doa
Lihat
Kucupan mesra
Penuh kasih
Di pipi Puteh..
Langkah itu semangat
Dia dahagakan ilmu
Dia dahaga..
Pusat ilmu itu
Ada jawabnya
Lihat
Dia dewasa
Dia berjaya
Namun
Titik hitam bertandang
Bangga, riak, takabbur
Apa yang ada
Itu usahanya
Tiada yang lain
Melainkan dirinya
Susah payah
Perih jerih
Merentas liku, lembah..
Demi ilmu
Semuanya
Usaha dia
Titik peluh dia
Semangat dia
Di mana ibu?
Gosok pakaiannya yang sempurna
Hidang santapannya yang enak
Cuci pakaiannya yang kotor
Bimbang
Hidupnya tak sempurna..
Di mana ayah?
Menyiapkan kereta
Menghantar dia ke pusat ilmu
Memberi belanja
Bimbang
Jika ada keperluan..
Di mana cikgu?
Menantinya di pusat ilmu
Hadir padanya
Bimbang
Dahaga itu tidak hilang..
Bertanya pada Puteh,
Mana ibumu?
Ada di rumah
Menyiapkan segalanya untukku
Mana ayahmu?
Kerja, cari belanja untukku
Mana gurumu?
Ada, di sekolah
Sedang membebel tak sudah
Puteh tidak risaukan mereka?
Jerih ibu..
Menitis keringat ayah tiada henti..
Letih bibir guru mengulang ajar..
Itu tugas mereka.
Ku hulur wang
Saban bulan
Saban tahun
Tanda terima kasih ku pada mereka
Cukup bukan?
Solat?
Nanti saja
Timbunan kerja itu menantiku!
Al-Quran?
Seminggu sekali cukup bukan?
Aku adalah aku
Aku berjaya
Hasil usahaku
Lihat
Aku dikagumi semua
Aku disanjung
Alhamdulillah..
Ucap ayah
Ucap ibu
Ucap guru
Gembira, riang tidak terperi
Lihat
Puteh berjaya
Puteh gembira
Puteh senang..
Tapi..
Puteh lupa
Siapa yang mencorakkan dia
Barangkali
Dia tidak sedar
Puteh itu kain putih ibu dan ayah
Angan si ibu
Angan si ayah
Terkabul
Lahir si Puteh
Dewasa si Puteh
Puteh berilmu
Tetapi Puteh tak taat
Puteh tak soleh
Puteh…
Mumayyiz
Baligh
Fikirlah
Kamu mampu menjadi
Puteh yang berilmu
Puteh yang taat
Puteh yang soleh
Idaman si ibu
Dambaan si ayah
Impian si guru..
Siapa pula kita?
Kita = Puteh?
Kita = Puteh 1 / puteh 2 / Puteh 3?
Fikirkan..
AKU GADIS ANEH GELOMBANG ALPHA
Gelombang alpha
Berdengung
Nampak itu resonans
Terpandang juge nod dan antinod nya
Melalui lengkung-lengkung cembung
Dari kaca televisyen Panasonic
Terus ke aku
Dari tiap helaian muka surat
Novel alaf 21
Terus ke aku
Melalui jisim putih
Jisim kelabu juge
Mungkin sistem saraf tunjangku
Telah menerima isyarat itu
Temah dan gelombang alpha
Berpadu
Ouch
Aku di alam maya
Maya ketua blok c?
Tidak..
Maya fantasi aku
Maya halusinasi aku
Maya ilusi aku
Sereblum, serebrum dan medula oblongata
Giat bekerja
Mentafsir gelombang itu
Akibat yang diterjemah
Ada yang waras
Ada yang tidak
Fantasi menumpaskan realiti
Seringkali otak cuba melakukan konversi
Fantasi sila lah pulang
Benarkan realiti menginap di situ
Fantasi
Sering mengganggu
Tapi kadang membantu
Tapi tidak selalu
Kerna kadang
Ia menipu..
Awas dengan fantasi
Awas dengan gelombang alpha itu
Kerna dia
Punca aku menjadi ini
Aku gadis aneh...